BEKAS menteri, Rafidah Aziz menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan cubaan melantik subkontraktor baru bagi projek LRT 3 yang sedang berjalan.
Gesaan itu susulan laporan portal Malaysiakini mengenai tindakan Prasarana Malaysia Bhd sebagai pemilik projek berkenaan yang dikatakan menahan bayaran kepada kontraktor turnkey MRCB-George Kent.
"Terdapat aduan mengenai menahan pembayaran. Juga pelantikan subkontraktor baru.
"Ini seperti tersasar, bahkan menyimpang dari ketelusan mengenai pelantikan tersebut.
"Tuduhan ini juga kini menjadi pengetahuan umum. Ia perlu diteliti kerana melibatkan dana awam. Entiti yang paling sesuai untuk menyiasat adalah SPRM," kata Rafidah dipetik portal itu.
Rafidah yang kini merupakan Pengerusi AirAsia X turut menggesa siasatan dilakukan termasuk kepada pengerusi Prasarana yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman.
Malaysiakini dalam laporanya yang memetik sumber sumber yang arif mengenai perkara itu mendakwa Tajuddin telah memberikan tekanan apabila dia mahu terlibat dalam keputusan pelantikan MRCB-George Kent sebagai subkontraktor bagi projek LRT3.
Sumber itu berkata bayaran terakhir sebanyak RM280 juta dibuat kepada MRCB-George Kent pada 3 Oktober, namun hanya untuk kerja yang dilakukan sehingga bulan Jun.
![]() |
Perlu disiasat kerana babitkan dana awam |
Prasarana sebelum ini enggan mengulas laporan The Edge yang mempersoalkan kepemimpinan dan arah tuju syarikat itu sejak pelantikan Tajuddin sebagai pengerusinya.
0 Comments