KEBERADAAN bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam arus politik semasa hanya akan menjadi bebanan lampau, kata Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Naib Ketuanya, Syed Badli Shah Syed Osman dalam satu kenyataan berkata, Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak boleh taksub dengan ideologi gabungan besar ‘grand coalition’ pembangkang sedangkan Dr Mahathir sendiri tidak bersedia untuk memberikan kerjasama.
“Serangan terbaru terhadap Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan beliau gagal untuk mengetepikan perbezaan politik dan masih terkandas dalam pemikiran sempit permusuhan masa lalu,” katanya.
Dr Mahathir dalam satu kenyataan semalam membayangkan kerjasama antara beliau dan Anwar Ibrahim tidak akan berulang lagi.
Ketika majlis Amanat Perjuangan 2021 anjuran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Selangor, di ibu negara semalam, Dr Mahathir mengungkit keengganan Anwar membenarkannya menjadi perdana menteri sekali lagi bagi tempoh 6 bulan.
“Saya nak kerjasama juga, saya offer kepada dia. Tak apa lah saya jadi Perdana Menteri cuma enam bulan…oh tak boleh,' kata Ahli Parlimen Langkawi itu.
Sementara itu tambah Syed Badli, Dr Mahathir sudah tidak lagi releven untuk terus berada dalam arena politik.
HARAPAN tegasnya perlu mara ke hadapan tanpa diganggu kelibat bekas Pengerusi parti Bersatu itu.
“Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang masih mahu bersama Dr Mahathir wajar diketepikan kerana pengaruh buruk beliau boleh mencacatkan agenda HARAPAN untuk mengembalikan mandat rakyat,” ujarnya.
Beliau turut menyelar kenyataan Dr Mahathir sebelum ini bahawa tanpa penyertaannya, HARAPAN tidak akan mampu menarik sokongan orang Melayu.
Tegasnya, kegagalan Dr Mahathir dalam mempengaruhi undi orang Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menunjukkan beliau sudah tidak diterima rakyat kerana komposisi kerusi tersebut diwakili 75 peratus orang Melayu.
Naib Ketuanya, Syed Badli Shah Syed Osman dalam satu kenyataan berkata, Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak boleh taksub dengan ideologi gabungan besar ‘grand coalition’ pembangkang sedangkan Dr Mahathir sendiri tidak bersedia untuk memberikan kerjasama.
“Serangan terbaru terhadap Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan beliau gagal untuk mengetepikan perbezaan politik dan masih terkandas dalam pemikiran sempit permusuhan masa lalu,” katanya.
Dr Mahathir dalam satu kenyataan semalam membayangkan kerjasama antara beliau dan Anwar Ibrahim tidak akan berulang lagi.
Ketika majlis Amanat Perjuangan 2021 anjuran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Selangor, di ibu negara semalam, Dr Mahathir mengungkit keengganan Anwar membenarkannya menjadi perdana menteri sekali lagi bagi tempoh 6 bulan.
“Saya nak kerjasama juga, saya offer kepada dia. Tak apa lah saya jadi Perdana Menteri cuma enam bulan…oh tak boleh,' kata Ahli Parlimen Langkawi itu.
Sementara itu tambah Syed Badli, Dr Mahathir sudah tidak lagi releven untuk terus berada dalam arena politik.
HARAPAN tegasnya perlu mara ke hadapan tanpa diganggu kelibat bekas Pengerusi parti Bersatu itu.
“Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang masih mahu bersama Dr Mahathir wajar diketepikan kerana pengaruh buruk beliau boleh mencacatkan agenda HARAPAN untuk mengembalikan mandat rakyat,” ujarnya.
![]() |
Dr Mahathir dianggap beban politik lampau |

0 Comments