Anwar ulas penubuhan parti baru Tun M


PAKATAN Harapan (HARAPAN) tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan kemasukan parti baru yang diumumkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad ke dalam gabungan itu.

Bagaimanapun Pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bergantung kepada permintaan parti baharu itu sama ada mahu menyertai mereka dan setakat ini tiada permohonan mengenainya.
 
"Sekiranya dia minta kita pertimbangkanlah. Biar dia minta dulu," katanya selepas hadir dalam satu program di Shah Alam, Selangor malam ini.
https://t.me/kartelmedia
Semalam, Dr Mahathir yang merupakan bekas Pengerusi parti Bersatu mengumumkan satu lagi parti politik Melayu dan peribumi baru yang bersifat moderat.

Pada sidang media di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur itu, Dr Mahathir berkata, parti baru yang belum dinamakan itu akan menjadi blok bebas yang tidak akan terikat dengan mana-mana gabungan parti politik.

Anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dinamakan sebagai Presiden parti baharu itu.

Sementara itu, Anwar enggan mengulas ketika ditanya sekiranya langkah penubuhan parti itu wajar dilakukan atau tidak.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu lebih selesa bersikap tunggu dan lihat.

"Tun baru nak umumkan nak tubuhkan parti baru kita tengoklah," katanya lagi.
 

Post a Comment

0 Comments