Zaqhwan harap dapat sertai perlumbaan di Suzuka musim ini


KETIKA
kalendar perlumbaan motosikal tahun ini masih samar, pelumba tempatan Zaqhwan Zaidi masih berharap dapat menyertai kejuaraaan antarabangsa tahun ini.

Mewakili pasukan Honda Asia Dream Racing, Zaqhwan menaruh harapan untuk beraksi perlumbaan Endurance 8 Jam Suzuka, Jepun hujung tahun ini yang kemungkinan juga satu-satunya perlumbaan antarabangsa disertainya musim ini.

Harapan itu disuarakan anak kelahiran Selangor itu susulan jadual baru dikeluarkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM)  bahawa perlumbaan di Jepun itu akan ditunda pada November 2020.

"Saingan Endurance Lapan Jam masih lagi diteruskan dalam jadual yang dikeluarkan FIM. Buat masa ini, ia telah ditunda ke hujung tahun ini," katanya.

Sebagai rekod, kejuaraan bermotosikal tahun ini termasuk saingan MotoGP, Kejuaraan Motorsikal Asia (ARRC) serta  saingan Cub prix di peringkat tempatan tertangguh gara-gara penularan wabak Covid-19

Pada 2016, Zaqhwan berjaya menamatkan perlumbaan endurance 8 jam di kedudukan tangga kelapan, pencapaian terbaiknya dalam perlumbaan tersebut.

Post a Comment

0 Comments