Kes baharu Covid-19 kembali meningkat 3 angka


KEMENTERIAN
Kesihatan mengumumkan sebanyak 172 kes baru jangkitan Covid-19 setakat 12 tengah hari tadi.

Pengumuman itu menjadi berita mengejutkan kerana Malaysia sebelum ini dilihat berjaya mengawal penularan dengan hanya mencatatkan kes dua angka sejak beberapa minggu lalu.

Perkembangan itu menjadikan kes aktif ketika ini meningkat kepada 1,323 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan daripada angka kes terbaru itu, 5 daripadanya kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 167 kes penularan tempatan, 159 kes bukan warganegara Malaysia, di mana 112 kes dikesan di 3 depot tahanan imigresen (DTI)," jelasnya.

Dalam sidang media hari ini, Dr Noor Hisham turut memaklumkan 34 pesakit dilaporkan pulih dan dibenarkan keluar wad pada hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 5,979 kes atau 80.6% dari keseluruhan kes dilaporkan.

Ketika ini terdapat 1,323 kes aktif, daripada jumlah itu seramai 8 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi.

"Daripada jumlah tersebut, empat kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dr Noor Hisham turut berkata, maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, mendapati bahawa tiada kes kematian berkaitan Covid-19 sepanjang 24 jam lalu.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kekal sebanyak 115 kes atau 1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
 

Post a Comment

0 Comments