5 ribu orang dari kluster himpunan digesa buat saringan


PIHAK berkuasa kesihatan menggesa lebih 5 ribu orang daripada kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini seramai 5,084 orang daripada kluster perhimpunan itu yang terdiri daripada peserta, ahli keluarga mereka dan kontak rapat lain belum membuat saringan wabak koronvirus (Covid-19)

“Kami perlu mencari 5,084 yang belum jalani ujian Covid-19. Jadi, kami harap dapat jalankan ujian saringan terhadap mereka,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan hari ini.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) jelasnya sedang bekerjasama rapat dengan polis untuk menjejaki individu terbabit.

Mereka yang belum menjalani ujian itu digesa tampil berbuat demikian.

Difahamkan setakat kini, kira-kira 12,500 peserta tabligh sudah menjalani ujian saringan .

1,207 disahkan positif virus itu, 6,648 negatif dan keputusan 4,645 belum diketahui.