KESALAHAN terjemahan al-Quran ke bahasa Ibrani atau Yahudi yang dilapor diluluskan kerajaan Arab Saudi dikiritik.
Agensi berita Palestin, Shehab yang dipetik laporan sebuah portal mendakwa menemui lebih 300 ayat dalam terjemahan itu mendapati antara kesalahan berkenaan termasuk mengeluarkan nama Nabi Muhammad yang disebut sekurang-kurangnya 4 kali dalam al-Quran.
Dan terjemahan itu turut menggantikan Masjid Al-Aqsa yang dinamakan “kuil”, nama Yahudi bagi tapak suci bagi umat Islam itu.
Tindakan Riyadh menaja dan meluluskan terjemahan itu dilihat sebagai sokongan terhadap sejarah versi Yahudi dan tuntutan Israel ke atas Palestin, malah dilihat seolah-olah menyokong tuntutan Israel ke atas Palestin dan Masjid Al-Aqsa.
Kompleks Percetakan al-Quran Raja Fahd yang menerbitkan terjemahan bahasa Yahudi itu dalam kenyataan susulan pendedahan itu berkata, ia kini sedang menunggu proses sewajarnya daripada pihak pengurusan selepas pengesahan dan kajian.
Perkembangan terbaharu itu menyebabkan umat Islam bertambah marah selepas Saudi menjalin hubungan rapat dengan Israel yang diketuai Putera Mahkotanya, Mohammed bin Salman.
Riyadh turut dilapor menawarkan bantuan kewangan untuk Pelan Damai Timur Tengah yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bagi menyokong tuntutan Israel tanpa mengambil kira rayuan penduduk Palestin.
*Gambar header sebelum ini diturunkan kerana tidak jelas sumber gambar
0 Comments