Misteri tidak pulang tiga hari


TIGA hari tidak pulang ke rumah, seorang lelaki akhirnya ditemukan maut dipercayai terjatuh dari pokok petai.

Mayat Muhamad Khairul Azhar Razmi, 26, ditemukan bapanya di kawasan lereng bukit Kampung Telaga Tujuh, Kampung Repoh, Batu Kurau semalam ketika keluar mencari mangsa yang tidak pulang sejak Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, siasatan awal mendapati mangsa telah keluar rumah dan tidak pulang sejak hari berkenaan.


BACA: Remaja maut motosikal berlanggar kereta

“Siasatan di tempat kejadian tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah dan dipercayai mangsa telah terjatuh dari tempat tinggi dipercayai pokok petai di kawasan tersebut.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital
Sementara itu, Sinar dalam laporanya berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah kecederaan di bahagian kepala dipercayai kesan jatuh dari tempat tinggi.

“Siasatan menunjukkan mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh 24 hingga 36 jam berdasarkan keadaan mayat itu.

“Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” kata Osman lagi.

Post a Comment

0 Comments