Malang nasib Tikiri, si gajah tua



KEJAM! itulah perkara pertama bermain diminda kita apabila melihat keadaan Tikiri.

Gambar Tikiri, seekor gajah dalam lingkungan usia 70 tahun yang berada dalam keadaan kurus kering dan lemah baru-baru ini tular di media sosial.

Pemilik haiwan liar itu didakwa bukan sahaja memanipulasi Tikiri bagi digunakan untuk menyertai perarakan satu festival, malah menyeksa dan merantai haiwan tersebut saban malam.

Tikiri dipakaikan penutup badan | Sumber- Lek Chailert
Foto Tikiri sebelum ini dikongsikan sebuah badan amal Thailand melalui facebook.

 "Ini Tikiri, gajah tua berusia 70 tahun," tulis Yayasan Selamatkan Gajah.

Haiwan eksotik itu merupakan seekor dari 60 gajah digunakan pada festival berkenaan.
Ia didakwa dipaksa menyertai pertunjukan sejak awal pagi sehingga lewat malam dengan suasa bising, dipenuhi asap dan bunyi bising.

Fastival tersebut yang diadakan di Kandy, Sri Langka itu menampilkan individu membuat persembahan api, penari dan gajah yang dipakaikan kostum berwarna warni.

Keaadan sebenar Tikiri | Sumber- Lek Chailert
"Dia berjalan banyak kilometer setiap malam supaya orang akan merasa diberkati semasa upacara tersebut.

Tiada siapa yang melihat badannya yang kerdil atau keadaannya yang lemah, kerana kostumnya.

"Tiada siapa yang melihat air matanya, cedera oleh lampu terang yang menghiasi topengnya, tiada siapa yang melihat kesukarannya untuk melangkah ketika kakinya dibelenggu ketika berjalan," tambah pengasas yayasan itu, Lek Chailert.

Post a Comment

0 Comments